Thursday 18 December 2014

Latar Belakang Program Pemulihan Khas

            Pendidikan pemulihan di negara kita bermula sejak tahun enam puluhan. Titik tolaknya ialah tinjauan keperluan pengajaran pemulihan yang diadakan pada tahun 1967. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mengadakan tinjauan itu di sembilan buah sekolah. Tinjauan itu berterusan hingga tahun 1970.
        Pada bulan Ogos 1975, KPM menganjurkan seminar pengajaran pemulihan untuk pengurus dan guru sekolah rendah. Pada tahun 1975 juga, KPM menghantar empat orang pegawai pendidikan mengikuti kursus dalam bidang pengajaran pemulihan di luar negara. Pada tahun 1976, Maktab Perguruan Ilmu Khas melatih 55 orang guru sekolah rendah untuk menjadi guru khas pemulihan. Pada tahun yang sama, MPIK mengadakan seminar pengajaran pemulihan untuk 50 orang pensyarah maktab perguruan.
       Selain itu, pada tahun 1972 hingga 1981, KPM melaksanakan Projek Pendidikan Imbuhan untuk 12 buah sekolah rendah. Projek itu bertujuan mengenal pasti masalah pengajaran dan pembelajaran pemulihan murid-murid tahun satu hingga tahun tiga.
       Pada tahun 1979, Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran memperakukan supaya sekolah mengadakan ujian rujukan kriteria. Dengan berdasarkan dapatan ujian itu, pihak sekolah perlu melakukan tindakan penambahbaikan. Tindakan itu termasuklah penggunaan kaedah dan sumber pengajaran yang sesuai dalam kelas yang lebih kecil. KPM pula perlu menyediakan guru yang mampu mengendalikan pengajaran  pemulihan.
        Mulai tahun 1980, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) melaksanakan perakuan yang berkenaan. KBSR mengetengahkan konsep 5P, iaitu penggabungjalinan, penyerapan, penilaian berterusan, pemulihan dan pengayaan. Hal ini jelas memperlihatkan pemulihan merupakan satu daripada unsur istimewa KBSR.
       Mulai tahun 1986, KPM mengarahkan semua sekolah rendah di negeri yang mempunyai guru khas pemulihan agar melaksanakan program pemulihan di sekolah masing-masing. Arahan itu membayangkan bahawa pelaksanaan program sebelumnya adalah pada tahap yang tidak memuaskan. Antara sebabnya ialah kerajaan tidak berupaya menyediakan guru khas pemulihan yang mencukupi untuk semua sekolah rendah.
       Pada tahun 1987, hanya terdapat 4,331 orang guru khas pemulihan berbanding dengan 6,700 buah sekolah rendah yang memerlukannya. Daripada jumlah itu, kerajaan hanya mampu mewujudkan 2,233 jawatan guru khas pemulihan.
      Pada tahun 1997, KPM mengeluarkan dapatan tinjauan kadar celik huruf selepas enam bulan murid berada dalam tahun satu. Tinjauan itu menunjukkan hampir 75,000 orang murid belum celik huruf. Jumlah ini bersamaan dengan 22 peratus daripada keseluruhan murid. Satu sumber lain (KPM, 1999) menyatakan, antara sepuluh hingga lima belas peratus murid sekolah masih menghadapi masalah atau kesulitan pembelajaran. Mereka gagal menguasai kemahiran asas 3M (membaca, menulis, mengira).
      Mulai tahun 1998, program pemulihan menjadi agenda penting KPM. Antara tindakan KPM ialah melatih guru Bahasa Melayu untuk melaksanakan pemulihan ringan dalam bilik darjah. Tindakan lain ialah menambah guru pemulihan khas (GPK) yang mampu   mengendalikan pemulihan berat.

     Selain itu, pada bulan November 1998, KPM memulakan usaha untuk menghasilkan buku panduan bagi melaksanakan program pemulihan khas. Buku itu terbit pada tahun 1999. Buku itu menjadi sumber penting  GPK dan guru Bahasa Melayu.
       Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ada mencatatkan bahawa pada tahun 2005 sebanyak 4.4 peratus murid sekolah rendah dan 0.8 peratus pelajar sekolah menengah masih belum menguasai 3M. Peratusan ini termasuk juga pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran. Jadi, mulai tahun 2006 KPM menambah baik program yang sedia ada dan melaksanakan program baharu bagi mengurangkan peratusan murid yang tidak           menguasai3M
      Program terpenting ialah Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M). Program ini bertujuan untuk membantu murid tahun satu menguasai kemahiran membaca dan menulis. Program ini dilaksanakan oleh guru Bahasa Melayu.
       Usaha lain ialah menambah guru pemulihan khas melalui program Kursus Perguruan Lepas Ijazah, Kursus Dalam Perkhidmatan untuk guru sekolah kurang murid dan beberapa kursus jangka pendek yang lain.
       Pada 12 September 2009, akhbar Berita Harian Online menyiarkan berita bahawa 85,000 orang pelajar tahun satu di negara kita belum menguasai kemahiran membaca dan menulis (2M). Data yang di bawah pula menunjukkan pencapaian KIA2M tidaklah membanggakan.*

        Jadi, bermula pada tahun 2010 Program Literacy and Numeracy Screening (LINUS) menggantikan Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M). LINUS berkaitan pula dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Minister Key Performance Indicators (MPKI) Kementerian Pelajaran Malaysia menyasarkan bahawa semua murid normal berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikANrendah      menjelang     2012.

Wednesday 3 December 2014

Pengurusan Fail LINUS

JAWATANKUASA LINUS

  • Surat Punca Kuasa KPM
  • Carta Organisasi Jawatankuasa LINUS
  • Maklumat Guru LINUS
  • Jadual Waktu Guru/ Kelas LINUS
  • Minit Curai
  • Pelan Tindakan LINUS (perancangan aktiviti tahunan)
  • Perancangan Strategik LINUS (3 tahun)
  • Laporan Pemantauan Oleh GB/ PK/ PPD/ JPN/ KPM/ JNJK
KONSEP/ BAHAN
  • Keputusan Saringan
  • Modul Guru LINUS
  • Modul Murid Literasi/ Numerasi
MINIT MESYUARAT
  • Minit Mesyuarat Pengurusan Sekolah
  • Minit Mesyuarat Kurikulum
  • Minit Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu
  • Minit Mesyuarat Panitia Matematik
  • Minit Mesyuarat Bimbingan Dan Kaunseling
  • Minit Mesyuarat Jawatankuasa LINUS
DATA MURID
  • Keputusan Saringan
  • Analisis Data Saringan
  • Headcount Dan TOV
PENGURUSAN MURID
  • Senarai Nama Murid LINUS
  • Latarbelakang Pra Sekolah
  • Profil Murid LINUS
  • Rekod/ Surat Pemeriksaan Doktor/ Salinan Kad OKU
  • Rekod Pencapaian Peperiksaan Setengah Tahun Dan Akhir Tahun

Friday 28 November 2014

Konstruk Literasi Bahasa Inggeris

DEFINISI LITERASI BAHASA INGGERIS

a. Able to communicate with peer and adult appropriately
b. Able to read and comprehend simple texts and stories
c. Able to write a range of texts through a variety of media.

Ujian saringan dijalankan 2 kali setahun dan 6 kali selama 3 tahun. Ujian saringan terdiri daripada : 

a. Saringan membaca
b. Saringan bertulis

Saringan 1 dan 2 semasa ditahun 1 , saringan 3 dan 4 semasa di tahun 2 dan saringan 5 dan 6 semasa ditahun 3. Mereka wajib menduduki ujian saringan ini dan pencapaian prestasi mereka akan direkodkan secara online dengan Lembaga Peperiksaan. Saringan pertama pada bulan Mei dan saringan ke 2 pada bulan September / oktober setiap tahun.

12 KONSTRUK YANG DIUKUR DALAM LITERASI BAHASA INGGERIS

Construct 1    : Able to identify and distinguish shape of the letters of the alphabet
Construct 2    : Able to associate sounds with the letters of the alphabet
Construct 3    : Able to blend phonemes into recognizable words
Construct 4    : Able to segment words into phonemes
Construct 5    : Able to understand and used the language at word level
Construct 6    : Able to participate in daly conversations using appropriate phrases
Construct 7    : Able to understand and used the language at phrase level in liner texts
Construct 8    : Able to understand and used the language at phrase level in non - linear texts
Construct 9   : Able to read and understand sentences with guidance
Construct 10 : Able to understand and used the language at paragraph level in non - linear texts
Construct 11 : Able to understand and use the language at paragraph level in linear texts
Construct 12 : Able to construct sentences with guidance

LITERASI MEMBACA - LISAN

CONSTRUCK 1 :  Able to identify shape of letters The ability to identify and distinguish the shapes of letters. Pupil read the given letters. Pelajar diberikan kad huruf yang dipilih secara rawak A hingga Z oleh guru. Pelajar menyebut huruf yang tercatat pada kad huruf yang ditunjukkan. 
CONSTRUCK 2 :  Able to associate sound with the letters of alphabet The ability to say aloud the sounds of the phonemes. Pupil says aloud the sound of the phonemes. Guru menunjukkan huruf yang dipilih dan pelajar dikehendaki membunyikan huruf tersebut dengan bunyi yang betul. Pada tahap ini pelajar tahu atau kenal huruf dan faham dengan membunyikannya dengan betul. Konstruk 1 dan 2 adalah konstruk asas. Jika gagal pelajar dikelasifikasikan tegar.
CONSTRUCT 3 :  Able to blend phonemes into recognizable word. The ability to blend sound of phonemes into recognisable word. Pupil blends the phonemes and says the words aloud. Pupil should be alowed to say the whole word aloud without spelling it. Pelajar membunyikan perkataan yang diberi dengan membunyikan dengan kuat. Perkataan yang diberi menggandungi 2 suku kata. Contohnya :
m      at
a      nt
p     a     n
CONSTRUCK 4 :  Able to  segment words into phonemes.  Ability to segment words into phonemes. Pupil says the words then sounds the given phonemes. Guru menunjukkan gambar beserta perkataan yang tertera pada kad yang dipilih. Pelajar akan melihat gambar yang diberi dan membunyikan perkataan yang tertulis pada kad tersebut. Contohnya :
Gambat tap                        tap
Gambar tin                       tin
Gambar muka sedih          sad

CONSTRUCK 5 :  Able to understand and used the language at word level Teacher describe the picture given for example mat , tin and pin. Pupil listens to the teacher , circle the correct words and says them aloud. 

CONSTRUCT 6 :   Able to participate in daily conversations using appropriate phrases. Teacher asks pupil to read and tick the correct responses. Pupil read and ticks the correct answers.
Example :  Responses -                                             correct answears
                        Thank you                                               You are welcome           
                                                                                                  I am sorry

CONSTRUCT 7:  Able to understand and used the language at phase level in linear texts. Teacher shows the picture and phrases. Teacher may describe the picture briefly. Pupil read and matches the pictures to the correct phases.

CONSTRUCT 8:   Able to understand and use the language at phase level in non - linear texs. Teacher shows the picture to the pupil and asks : What do you see in this picture ?. A picture in the playing ground :                                                        Tick the correct answears     a dog , cat sleeps , three flowers  , one kite                                         

 CONSTRUCT 9 :   Able to read and understand sentences. Teacher may guide the pupil to read the entire paragraph aloud anad prompt when necessary. Not more than 3 mispronounced words in the paragraph can be accepted and full marks should be awarded. Pupil read the sentences aloud. Example : I have a bag , It is a big bag . It is a big blue bag.

CONSTRUCT 10 :  Able to understand and use the language at sentence level in non - linear texts. Teacher points to the picture and briefly describe them. Pupil listens , read and matches the picture to the correct sentences.

 CONSTRUCT 11 :  Able to understand and used the language at paragraph level in linear texts. Teacher guide the pupil to read aloud the paragraph aloud , prompting where necessary. Pupil read the paragraph and answears the quistions by ticking Yes or NO.

CONSTRUCT 12 :  Able to construct sentences with guidence. Teacher guide the pupil to form simple sentences using the subsitution table. Pupil constructs sentences from the subsititution table and reads them aloud.                                 


LITERASI MENULIS            
         
CONSTRUCT 1 :    Pupil writes the letters correctly given in the quistion paper

CONSTRUCT 2 :    Pupil writes the letters with the correct sounds in the given boxes

CONSTRUCT 3 :    Pupil writes the correct words based on the pictures given

CONSTRUCT 4 :    Pupil fills in the boxes with the correct letters to spell the words based on the picutres

CONSTRUCT 5 :    Pupil reads the greeting card given and fills in the blanks with the correct words

CONSTRUCT 6 :    Pupil read the sentences and writes the correct answears.

CONSTRUCT 7 :    Pupil reads the form and writes the correct phrases in th blanks

CONSTRUCT 8 :    Pupil readst he phrases and write them correctly based on the picture given

CONSTRUCT 9 :    Pupil reads , traces and copies the sentences correctly based on the pictures given

CONSTRUCT 10 :  Pupil reads and copies the sentences correctly in neat legble print

CONSTRUCT 11 :  Pupil reads and answears the questions given

CONSTRUCT 12 :  Pupil reads and rearranges the phrases to form correct sentenses

PROSEDUR PERLAKSANAAN - SARINGAN LISAN ( MEMBACA )

Apabila tarikh yang diberi oleh NKRA - KPM dan soalan saringan lisan telah diterima , pentadbir akan menyemak kertas soalan tersebut bersama guru - guru Bahasa Inggeris dan memastikan segala dokumen perlaksanaan ada :

  • Manual Am Pentadbiran Instrumen Literasi - Saringan 1 ( Baseline )
  •  Manual Pentadbiran Instrumen Literasi Membaca - Saringan 1 ( Baseline ) 
  • Manual Pentdbiran Instrumen Literasi Menulis - Saringan 1 ( Baseline ) 
  • Pentadbir akan mengadakan taklimat perlaksanaan kepada semua guru - guru Bahasa Inggeris tahun 1 dan membincangkan cara perlaksanaan. 
  • Guru Bahasa Inggeris akan diberikan satu salinan setiap instrumen tersebut. Pentadbir juga memastikan jumlah bilangan soalan yang diberi mencukupi , jika berkurangan pihak sekolah akan membuat salinan tambahan jika bilangannya sedikit. Jika bilangannya banyak pihak sekolah akan menghubungi pihak pencetak dan memaklumkan juga kepada PPDG. 
  • Kaedah saringan lisan : Guru akan menggunakan masa PDP Bahasa Inggeris untuk melaksanakan ujian saringan lisan dan akan menghabiskannya dalam masa yang ditetapkan - 4 hari. 
  • Saringan dibuat secara individu dalam kelas Jika ada pelajar yang tidak hadir pada hari tersebut , pelajar akan diberi untuk mengambil ujian saringan pada hari berikutnya kerana setiap pelajar wajib mengambil ujian saringan yang ditetapkan.
 PROSEDUR PERLAKSANAAN - SARINGAN MENULIS

  •  Kaedah perlaksanaan hampir sama seperti Saringan Lisan ( Membaca ) tetapi pihak NKRA - KPM ada memberikan cara perlasanaan iaitu - 2 Pilihan : 
  • Pilihan 1 - Dalam 3 sesi - 30 minit bagi setiap sesi Sesi pertama - untuk konstruk 1 - 4 ( kertas soalan akan dikutip sblm meneruskan sesi 2 ) 
  • Sesi ke dua - untuk konstruk 5 - 8 Sesi ke tiga - untuk konstruk 9 - 12 
  • Pilihan 2 - Dalam 2 sesi - 60 minit setiap sesi Sesi pertama - untuk konstruk 1 - 6 
  • Sesi ke dua - untuk konstruk 7 - 12




Konstruk Numerasi

DEFINISI NUMERASI

Keupayaan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan harian.

KEMAHIRAN ASAS NUMERASI


TAHUN 1
  • Kemaperasi asas : Faham fakta asas tambah dan tolak
  • Aplikasi : Mengira wang hingga RM 10, memahami masa dan ukuran asas
  • Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga 50
TAHUN 2
  • Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira turutan nombor hingga 100
  • Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi
  • Aplikasi : Mengira wang hingga RM 50, memahami waktu dalam jam dan mengukur panjang/pendek objek
TAHUN 3
  • Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga 1000.
  • Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi
  • Aplikasi : Mengira wang hingga RM 100, memahami waktu dalam jam dan minit serta mengukur objek dalam unit piawai

12 KONSTRUK YANG DIUKUR DALAM SARINGAN NUMERASI

Konstruk 1 : Keupayaan pra nombor dan mengenal angka

Konstruk 2 : Keupayaan membilang

Konstruk 3 : Keupayaan memahami nilai nombor

Konstruk 4 : Keupayaan membuat seriasi

Konstruk 5 : Keupayaan mengenal mata wang Malaysia

Konstruk 6 : Keupayaan menyatakan waktu

Konstruk 7 : Keupayaan mengendalikan operasi asas

Konstruk 8 : Keupayaan mengendalikan operasi asas melibatkan mata wang Malaysia

Konstruk 9 : Keupayaan mengukur panjang objek, jisim objek dan isipadu.

Konstruk 10 : Keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik dan sebaliknya

Konstruk 11 : Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam 
kehidupan harian terhad kepada nombor bulat

Konstruk 12 : Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian melibatkan mata wang, masa dan ukuran panjang


Konstruk Literasi Bahasa Melayu

DEFINISI LITERASI

Keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian.

KEMAHIRAN ASAS LITERASI

TAHUN 1 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 500 patah perkataan dan ayat mudah.
TAHUN 2 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 800 patah perkataan dan ayat mudah menggunakan kata sendi.
TAHUN 3 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 1000 patah perkataan dan ayat mudah dengan kata sendi dalam satu perenggan.

12 KONSTRUK YANG DIUKUR DALAM SARINGAN LITERASI

Konstruk 1 : Keupayaan membaca dan menulis huruf vokal dan konsonan.

Konstruk 2 : Keupayaan membaca dan menulis suku kata terbuka.

Konstruk 3 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata terbuka.

Konstruk 4 : Keupayaan membaca dan menulis suku kata tertutup.

Konstruk 5 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata tertutup.

Konstruk 6 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata tertutup 'ng'.

Konstruk 7 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi diftong

Konstruk 8 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi vokal berganding.

Konstruk 9 : Keupayaan menulis perkataan yang mengandungi digraf dan konsonan bergabung.

Konstruk 10 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang berimbuhan awalan dan akhiran.

Konstruk 11 : Keupayaan membaca dan menulis ayat mudah.


Konstruk 12 : Keupayaan membaca, memahami dan menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan.

Perbezaan LINUS 2.0 Dengan LINUS 1.0


LINUS 2.0

Linus 2.0 Gelombang 1 PPPM (2013 – 2015). 
Program Literasi dan Numerasi 2.0 diwujudkan dalam Makmal GTP 2.0 pada Mei 2012 berdasarkan kejayaan LINUS 1.0 untuk menangani Isu Literasi Bahasa Inggeris.
Antara Objektif Linus 2.0 ialah Meningkatkan Literasi Bahasa Inggeris dalam kalangan murid sekolah dengan memberi sokongan tambahan bagi membolehkan murid yang mempunyai masalah literasi Bahasa Inggeris setara dengan rakan lain dalam arus perdana.
Satu daripada National Key Result Area ( NKRA ) Kementerian Pendidikan Malaysia yang berobjektifkan semua murid berkeupayaan untuk menguasai asas Literasi Bahasa Inggeris selepas 3 tahun mengikuti pendidikan rendah iaitu tahun 1 hingga tahun 3. Program pertama kali diperkenalkan pada tahun 2013 yang mewajibkan semua murid tahun 1 menduduki ujian saringan ini. 
Linus Literasi 2.0 Bahasa Inggeris ini juga bertujuan untuk mengenalpasti murid yang tidak melepasi standart prestasi Literasi Bahasa Inggeris supaya murid ini diberikan pemulihan  mana - mana konstruk yang tidak di kuasai. Instrument saringan disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Program ini sama seperti Linus Literasi Bahasa Melayu yang telah dilaksanakan selama 3 tahun. Program ini mengandungi 12 konstruk yang perlu dikuasai oleh semua pelajar dalam tempoh 3 tahun. Tahun ke 4 semua pelajar boleh menguasai semua 3 definisi diatas atau dengan bahasa mudahnya pelajar tidak menghadapi masalah asas Bahasa Inggeris semasa ditahun 4. Mereka harus berstatus perdana - menguasai keseluruhan konstruk yang ditetapkan.

Siapa Murid LINUS?

Siapakah Murid Linus?

Kanak-kanak  yang tidak boleh mengikuti pelajaran  di kelas/kurikulum/di sekolah biasa, tidak dapat mencapai sesuatu objektif pengajaran  yang mudah/ objektif jangka pendek dan juga mempunyai daya pengamatan yang lemah atau rendah.

Ciri-ciri murid Linus
  1. pencapaian pelajaran/akademik berbeza
  2. pendiam
  3. tidak aktif
  4. banyak cakap
  5. sukar menerima arahan
  6. tidak dapat berkomunikasi seperti murid biasa
  7. menyebut huruf yang tidak tepat/bertukartukar
  8. meninggalkan huruf/suku kata/perkataan semasa 
  9. membaca/menulis
  10. tulisan terlalu buruk
  11. kekerapan kesalahan dalam ejaan/tanda bacaan
  12. huruf terbalik


Kajian menunjukkan murid pintar
  • Kurang tidur semasa kecil
  • Lebih cepat bercakap
  • Pergerakan yang lebih cepat
  • Menangis dengan kuat semasa lahir
  • Mempunyai kepekaan yang luar biasa semasa bayi
  • Deria yang peka semasa kecil

Program LINUS

Apa itu  Program LINUS?

LINUS ialah akronim kepada Saringan Literasi dan Numerasi (Literacy and Numeracy Screening)

LINUS ialah satu program pemulihan yang direka bentuk untuk memastikan murid menguasai kemahiran asas literasi (Bahasa Malaysia) dan numerasi di akhir 3 tahun persekolahan pada pendidikan rendah

LINUS disasarkan kepada murid yang mempunyai masalah dalam 3M iaitu Membaca, Menulis dan Mengira

LINUS ialah Program Literasi dan Numerasi yang dirangka untuk murid Tahap I. Program Linus merupakan Projek yang diterajui Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) dengan kerjasama semua bahagian dalam KPM

Objektif sub-NKRA Literasi dan Numerasi

NKRA – Peluasan akses kepada pendidikan berkualiti dan    berkemampuan Setiap kanak-kanak* menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas 3 tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir tahun 2012


Kanak-kanak berkeperluan khas – didefinisikan sebagai murid   bermasalah pembelajaran, masalah pendengaran, masalah pertuturan, masalah penglihatan, terencat akal, mempunyai pelbagai kecacatan, dan kurang upaya secara fizikal. Kurikulum  khas literasi dan numerasi dibentuk untuk kanak-kanak  berkeperluan khas

Wednesday 26 November 2014

Jawatan Guru Pemulihan Khas

Perjawatan Guru Khas Pemulihan Di Sekolah Rendah

1) Semua sekolah rendah kecuali sekolah kecil (under enrolment) diperuntukkan satu (1) perjawatan Guru Khas Pemulihan.

2) Peruntukan Guru Khas Pemulihan tidak termasuk dalam perkiraan peruntukan guru asas (n x 1.5).

3) Guru Khas Pemulihan tidak terlibat sebagai guru penganti kepada guru asas atau sebagai guru kelas sesuatu darjah. (Realitinya tidak berlaku, berdasarkan pengalaman saya, GKP adalah guru pertama yg dicari sebagai guru ganti)

4) Guru Khas Pemulihan berkhidmat sepenuh masa melaksanakan program pendidikan pemulihan.

5) Penutupan Kelas Khas Pemulihan atau pemberhentian program pendidikan pemulihan perlu mendapat kelulusan bertulis daripada Pengarah Pendidikan Negeri.

Kelulusan Ikhtisas Guru Pemulihan Khas

Guru Opsyen Pemulihan

• Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Khas (Pemulihan )
• Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Pemulihan
• Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI ) Pendidikan Pemulihan
• Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBC/KDC) Pendidikan Pemulihan

Guru bukan Opsyen Pemulihan

• Guru terlatih tanpa opsyen (lantikan sekolah) – DG 32/29
• Diploma Khas Pendidikan Pemulihan (KDP) – 1 Tahun
• Sijil Perguruan Khas (KSPK) 1 Tahun
• Sijil Perguruan Khas (KSPK) 6 bulan
• Sijil Kursus Dalam Cuti (KDC ) Pendidikan
• Sijil Kursus KSPK 14 minggu.

Siapakah Murid Pemulihan Khas??

Terdapat berbagai-bagai definisi untuk mentakrifkan siapa dia Murid Pemulihan Khas. Para guru menganggap kanak-kanak pemulihan sama dengan kanak-kanak lembam ataupun ‘slow learner’ yang mempunyai pencapaian lebih rendah daripada rakan sebaya mereka di kelas.
Murid-murid pemulihan khas biasanya ialah murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran sama ada dalam kemahiran membaca, menulis atau mengira. Mereka menunjukkan simptom atau gejala kesulitan untuk membaca, menulis atau mengira.
Selain sering melakukan kesalahan dalam kerja sekolah dan memperoleh keputusan ujian dan peperiksaan yang kurang memuaskan (seringkalinya GAGAL), murid-murid ini juga memperlihatkan ciri-ciri seperti kurang yakin, rendah konsep diri, pasif terhadap kegiatan pembelajaran dan mudah putus asa.

DEFINISI MURID PEMULIHAN KHAS

Jabatan Pendidikan Khas, KPM, 2008
Murid Pemulihan Khas ialah murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran asaas 3M disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif.

A.E. Tansley dan Gulliford
Kanak-kanak pemulihan adalah kanak-kanak yang mempunyai intelek dan kecerdasan yang rendah dan kurang kebolehan menerima pendidikan biasa.

M.F.  Clough
Kanak-kanak pemulihan ialah  kanak-kanak yang kurang daya taakul, kurang kemampuan membuat sesuatu keputusan atau kesimpulan dan kurang memahami tentang perkara-perkara yang abstrak.

Sharifah Rahmah Ali
Pendidikan Pemulihan di Malaysia ialah untuk murid-murid yang gagal menerima pelajaran dan  mereka ini berkemungkinan mempunyai kecerdasan yang tinggi, sederhana dan yang di bawah sederhana.

Brennan (1974)
Murid pendidikan pemulihan adalah murid yang gagal menghadapi kerja normal sekolah untuk kumpulan sebaya mereka,tetapi mereka tidak boleh dianggap sebagai kanak-kanak cacat.


Pusat Perkembangan Kurikulum (1984)
Murid pemulihan ialah mereka yang menghadapi masalah pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran tertentu, bersifat negatif terhadap pembelajaran dan mempunyai tingkah laku yang menjejaskan pembelajaran serta kurang sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran.

Koh (1984)
Murid pendidikan pemulihan sebagai murid lambat dan diberi label seperti kanak-kanak luar biasa, kanak-kanak khas, kanak-kanak mundur, yang memiliki masalah pembelajaran dan men derita kegagalan dalam pendidikan. Murid-murid ini memperlihatkan taraf pencapaian yang tidak memuaskan dibandingkan dengan taraf pencapaian purata rakan-rakan sebaya atau tidak pada taraf yang diharapkan bagi murid-murid di peringkat persekolahan itu.

Johnson (1963)
Murid yang tidak menunjukkan kesuburan bakat akademik seperti kanak-kanak lain yang sedarjah dengannya.

Dengan segala jenis takrifan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa murid Pemulihan Khas ialah mereka yang lambat pembelajarannya yang mempunyai kecerdasan di bawah sederhana ataurencatan yang ringan dan termasuk mereka yang menghadapi kesulitan-kesulitan am atau tertentu dalam usaha penyesuaian kepada kurikulum sekolah biasa.

Kanak-kanak belajar pada kadar yang berbeza dan mengikut beberapa kajian mereka hanya belajar bila telah ‘bersedia’.

SEORANG MURID PEMULIHAN KHAS...
Perlukan masa tambahan untuk menyelesaikan sesuatu tugasan (task)
Murid perlu ditawarkan dengan insentif yang sesuai – boleh ditangguhkan supaya murid belajar bersabar
Pemakanan yang betul – sarapan yang berkualiti dan tepat pada masanya
Tidur yang mencukupi – boleh menambahbaik prestasi mereka
Guru/ibu bapa perlu mencari bahan atau apa-apa sumber yang boleh memudahkan, menjadikan pembelajaran lebih bermakna dan relevan.

CIRI-CIRI MURID SLOW LEARNERS

Secara umumnya murid-murid ini dapat dikenal pasti melalui beberapa ciri yang dipamerkan. Ia bergantung juga kepada peringkat umur dan aras kesukaran yang digunakan  di sekolah.
Kurang matang dalam hubungan dengan orang lain dan di sekolah
Tidak dapat menyiapkan tugasan yang kompleks dan sangat lambat bekerja
Hilang kawalan masa, tidak boleh memindahkan apa yang telah dipelajari dalam situasi baru
Sukar menguasai kemahiran yang bersifat akademik, seperti membaca jadual waktu atau menguasai peraturan mengeja
Tidak dapat merancang objektif jangka panjang - lebih suka merancang untuk keperluan semasa.
Bermasalah dalam pengurusan masa kerana bermasalah dalam memberi tumpuan
Lemah daya ingatan – Pengamatan, kemahiran asas dan pertuturan
Kurang yakin diri, kurang tekun, kurang pengalaman
Perbendaharan kata terbatas, tidak kreatif.
Kesukaran mengawal emosi, menerima konsep mendiskriminasi dan memahami perkaitan
Kesihatan sering terganggu, ponteng sekolah, bermasalah tingkah laku
Bersikap egosentrik

Slow learners differ from reluctant learners. A slow learner initially wants to learn, but has a problem with the process.

A reluctant learner is not motivated and can also be passive aggressive, creating more problems for teachers and parents through non-cooperation. Reluctant learners seldom have learning disabilities.


Cadangan Jadual Waktu Kelas Pemulihan Khas

               

             
Tahun
Murid
Bahasa Melayu
Matematik
Jumlah Waktu Seminggu
Guru
Catatan
Tahun 1
Murid Tidak Menguasai Saringan LINUS (K1 & K2)
12
7
19
Guru Pemulihan Khas / Guru LINUS
Murid Maksima = 15 orang
Tahun 2
Murid Tidak Menguasai Saringan LINUS (K1 & K2)
10
7
17
Guru Pemulihan Khas / Guru LINUS
Murid Maksima = 15 orang
Tahun 3
Murid Tidak Menguasai Saringan LINUS (K1 & K2)
10
7
17
Guru Pemulihan Khas / Guru LINUS
Murid Maksima = 15 orang