Friday 28 November 2014

LINUS 2.0

Linus 2.0 Gelombang 1 PPPM (2013 – 2015). 
Program Literasi dan Numerasi 2.0 diwujudkan dalam Makmal GTP 2.0 pada Mei 2012 berdasarkan kejayaan LINUS 1.0 untuk menangani Isu Literasi Bahasa Inggeris.
Antara Objektif Linus 2.0 ialah Meningkatkan Literasi Bahasa Inggeris dalam kalangan murid sekolah dengan memberi sokongan tambahan bagi membolehkan murid yang mempunyai masalah literasi Bahasa Inggeris setara dengan rakan lain dalam arus perdana.
Satu daripada National Key Result Area ( NKRA ) Kementerian Pendidikan Malaysia yang berobjektifkan semua murid berkeupayaan untuk menguasai asas Literasi Bahasa Inggeris selepas 3 tahun mengikuti pendidikan rendah iaitu tahun 1 hingga tahun 3. Program pertama kali diperkenalkan pada tahun 2013 yang mewajibkan semua murid tahun 1 menduduki ujian saringan ini. 
Linus Literasi 2.0 Bahasa Inggeris ini juga bertujuan untuk mengenalpasti murid yang tidak melepasi standart prestasi Literasi Bahasa Inggeris supaya murid ini diberikan pemulihan  mana - mana konstruk yang tidak di kuasai. Instrument saringan disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Program ini sama seperti Linus Literasi Bahasa Melayu yang telah dilaksanakan selama 3 tahun. Program ini mengandungi 12 konstruk yang perlu dikuasai oleh semua pelajar dalam tempoh 3 tahun. Tahun ke 4 semua pelajar boleh menguasai semua 3 definisi diatas atau dengan bahasa mudahnya pelajar tidak menghadapi masalah asas Bahasa Inggeris semasa ditahun 4. Mereka harus berstatus perdana - menguasai keseluruhan konstruk yang ditetapkan.

No comments:

Post a Comment