Definisi Program Pemulihan Khas
Satu program pendidikan disediakan untuk murid yang
mengalami masalah dalam penguasaan kemahiran asas membaca, menulis, mengira (3M) yang kompleks
disebabkan oleh faktor
persekitaran. Program ini dijalankan oleh
guru yang khusus, di ruang yang khusus.” (Jabatan Pendidikan Khas, KPM, 2008
)
“
Pendidikan Pemulihan ialah tindakan-tindakan pendidikan khas yang digunakan untuk memenuhi keperluan-keperluan kanak-kanak yang menghadapi kesulitan pembelajaran, kanak-kanak pemulihan menghadiri kelas khas dalam sekolah biasa, atau pusat pemulihan khas secara sambilan, atau menyertai kumpulan yang diundurkan dari kelas biasa untuk diajar oleh seorang guru pemulihan.”
(National Association for Remedial
Education ‘NARE’ Great Britain - 1977)
“
Pemulihan dalam KBSR ialah proses pengajaran dan pembelajaran yang khusus untuk murid-murid yang menghadapi masalah atau kesukaran belajar dalam menguasai satu-satu kemahiran membaca, menulis dan mengira”. (Panduan Am KBSR - 1982)
“Suatu perkhidmatan yang
diadakan
khusus
untuk
murid-murid yang menghadapi
kesulitan pembelajaraan
khususnya dalam menguasai
satu-satu kemahiran
membaca,
menulis
dan
mengira
sebagai
kemahiran asas yang menjadi fokus
KBSR”.
Murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran asas 3M disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif”. (Jabatan Pendidikan Khas, KPM, 2008 )
Rasional
PPK dijalankan di sekolah adalah kerana bilangan murid yang ramai di dalam sesebuah kelas agak menyukarkan guru untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.
Majoriti kelas
KBSR pada masa ini mempunyai bilangan murid antara 35-45 orang. Hal ini
berlawanan dengan konsep kelas kondusif yang seharusnya mempunyai bilangan murid
antara 25-30 orang sahaja.
PPK pada
dasarnya bertujuan untuk memastikan murid-murid menerima layanan individu
mengikut kadar perkembangan kognitif mereka.
Kumpulan Sasaran
Program Pemulihan Khas dijalankan untuk menampung keperluan-keperlaun murid di dalam kelas biasa yang menghadapi masalah-masalah berikut, bukan masalah kecacatan akal atau terencat akal.
1) Masalah pembelajaran akibat :
a) ketidaksesuaian bahan dan teknik pengajaran
guru
b) sering tidak hadir ke sekolah
c) cuai menjalankan aktiviti-aktiviti pembelajaran
d) leka dan lambat
2) Masalah-masalah yang menghalang
pembelajaran :
a) masalah
peribadi
b) masalah
psikologi
c) kurang
kecerdasan (lambat berfikir, cepat lupa, sukar memahami dan lemah
pengamatan)
No comments:
Post a Comment