Sunday 23 November 2014

Tugas-Tugas Guru Pemulihan Khas


GURU PEMULIHAN KHAS
1. KURIKULUM
1.1 Memastikan Perjalanan  Program-Program : Mesyuarat , Fail / dokumentasi , Program
      dan Laporan.
1.2 Melaksana PnP :
1.2.1  Bahasa Malaysia Pemulihan Khas dan Matematik Pemulihan Khas. 
           1.2.2  Menggunakan ABM, kaedah PnP bersesuaian dan lembaran kerja
           1.2.3  Penyediaan nota dan latihan
      1.3 Memeriksa dan menanda hasil kerja murid , Buku Latihan dan Lembaran Kerja
    1.4. Mengadakan ujian, penilaian dan peperiksaan : Ujian IPP2M dan IKAMR
1.5  Menanda kertas jawapan dan merekod markah dalam kad dan buku pelaporan
1.6  Membantu dalam pengurusan penyediaan peralatan teknologi pendidikan dan pusat sumber
 2. PENTADBIRAN
     2.1.  Membantu menyelaras ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk guru dan kaki
             tangan bukan guru
     2.2. Membantu menyelenggara dan menyelaras kutipan data , maklumat dan perangkaan
     2.3.  Membantu melaksanakan Takwim Sekolah
     2.4.  Membantu menyelia kerja-kerja guru dan bukan guru
     2.5.  Menyelaras penyeliaan penyata kewangan untuk urusan audit tahunan
     2.6.  Menyelaras semua jenis pungutan sekolah
     2.7.  Menjadi ahli Lembaga Tatatertib Sekolah
     2.8.  Menjadi penandatangan kedua cek-cek sekolah
3. KEBERSIHAN DAN KEINDAHAN SEKOLAH
   3.1.  Membantu merancang dan menyelia program kebersihan dan keceriaan
4. KESELAMATAN
   4.1. Membantu merancang dan melaksanakan langkah-langkah latihan mencegah
          kebakaran bersama Guru Besar.
 
5. TUGAS-TUGAS LAIN
5.1  Menganggotai Jawatankuasa yang dibentuk oleh Guru Besar
5.2  Menghadiri semua mesyuarat
5.3  Melaksanakan arahan dan tugasan lain yang diberi oleh Guru Besar

No comments:

Post a Comment