Terdapat
berbagai-bagai definisi untuk mentakrifkan siapa dia Murid Pemulihan Khas. Para
guru menganggap kanak-kanak pemulihan sama dengan kanak-kanak lembam ataupun
‘slow learner’ yang mempunyai pencapaian lebih rendah daripada rakan sebaya
mereka di kelas.
Murid-murid
pemulihan khas biasanya ialah murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran
sama ada dalam kemahiran membaca, menulis atau mengira. Mereka menunjukkan
simptom atau gejala kesulitan untuk membaca, menulis atau mengira.
Selain
sering melakukan kesalahan dalam kerja sekolah dan memperoleh keputusan ujian
dan peperiksaan yang kurang memuaskan (seringkalinya GAGAL), murid-murid ini
juga memperlihatkan ciri-ciri seperti kurang yakin, rendah konsep diri, pasif
terhadap kegiatan pembelajaran dan mudah putus asa.
DEFINISI
MURID PEMULIHAN KHAS
Jabatan
Pendidikan Khas, KPM, 2008
Murid
Pemulihan Khas ialah murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran
asaas 3M disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif.
A.E.
Tansley dan Gulliford
Kanak-kanak
pemulihan adalah kanak-kanak yang mempunyai intelek dan kecerdasan yang rendah
dan kurang kebolehan menerima pendidikan biasa.
M.F. Clough
Kanak-kanak
pemulihan ialah kanak-kanak yang kurang
daya taakul, kurang kemampuan membuat sesuatu keputusan atau kesimpulan dan
kurang memahami tentang perkara-perkara yang abstrak.
Sharifah
Rahmah Ali
Pendidikan
Pemulihan di Malaysia ialah untuk murid-murid yang gagal menerima pelajaran
dan mereka ini berkemungkinan mempunyai
kecerdasan yang tinggi, sederhana dan yang di bawah sederhana.
Brennan
(1974)
Murid
pendidikan pemulihan adalah murid yang gagal menghadapi kerja normal sekolah untuk
kumpulan sebaya mereka,tetapi mereka tidak boleh dianggap sebagai kanak-kanak
cacat.
Pusat
Perkembangan Kurikulum (1984)
Murid
pemulihan ialah mereka yang menghadapi masalah pembelajaran dalam
kemahiran-kemahiran tertentu, bersifat negatif terhadap pembelajaran dan
mempunyai tingkah laku yang menjejaskan pembelajaran serta kurang sikap
keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran.
Koh
(1984)
Murid
pendidikan pemulihan sebagai murid lambat dan diberi label seperti kanak-kanak
luar biasa, kanak-kanak khas, kanak-kanak mundur, yang memiliki masalah
pembelajaran dan men derita kegagalan dalam pendidikan. Murid-murid ini
memperlihatkan taraf pencapaian yang tidak memuaskan dibandingkan dengan taraf
pencapaian purata rakan-rakan sebaya atau tidak pada taraf yang diharapkan bagi
murid-murid di peringkat persekolahan itu.
Johnson
(1963)
Murid
yang tidak menunjukkan kesuburan bakat akademik seperti kanak-kanak lain yang
sedarjah dengannya.
Dengan
segala jenis takrifan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa murid Pemulihan Khas
ialah mereka yang lambat pembelajarannya yang mempunyai kecerdasan di bawah
sederhana ataurencatan yang ringan dan termasuk mereka yang menghadapi
kesulitan-kesulitan am atau tertentu dalam usaha penyesuaian kepada kurikulum
sekolah biasa.
Kanak-kanak
belajar pada kadar yang berbeza dan mengikut beberapa kajian mereka hanya
belajar bila telah ‘bersedia’.
SEORANG
MURID PEMULIHAN KHAS...
Perlukan
masa tambahan untuk menyelesaikan sesuatu tugasan (task)
Murid
perlu ditawarkan dengan insentif yang sesuai – boleh ditangguhkan supaya murid
belajar bersabar
Pemakanan
yang betul – sarapan yang berkualiti dan tepat pada masanya
Tidur
yang mencukupi – boleh menambahbaik prestasi mereka
Guru/ibu
bapa perlu mencari bahan atau apa-apa sumber yang boleh memudahkan, menjadikan
pembelajaran lebih bermakna dan relevan.
CIRI-CIRI
MURID SLOW LEARNERS
Secara
umumnya murid-murid ini dapat dikenal pasti melalui beberapa ciri yang
dipamerkan. Ia bergantung juga kepada peringkat umur dan aras kesukaran yang
digunakan di sekolah.
Kurang
matang dalam hubungan dengan orang lain dan di sekolah
Tidak
dapat menyiapkan tugasan yang kompleks dan sangat lambat bekerja
Hilang
kawalan masa, tidak boleh memindahkan apa yang telah dipelajari dalam situasi
baru
Sukar
menguasai kemahiran yang bersifat akademik, seperti membaca jadual waktu atau
menguasai peraturan mengeja
Tidak
dapat merancang objektif jangka panjang - lebih suka merancang untuk keperluan
semasa.
Bermasalah
dalam pengurusan masa kerana bermasalah dalam memberi tumpuan
Lemah
daya ingatan – Pengamatan, kemahiran asas dan pertuturan
Kurang
yakin diri, kurang tekun, kurang pengalaman
Perbendaharan
kata terbatas, tidak kreatif.
Kesukaran
mengawal emosi, menerima konsep mendiskriminasi dan memahami perkaitan
Kesihatan
sering terganggu, ponteng sekolah, bermasalah tingkah laku
Bersikap
egosentrik
Slow
learners differ from reluctant learners. A slow learner initially wants to
learn, but has a problem with the process.
A
reluctant learner is not motivated and can also be passive aggressive, creating
more problems for teachers and parents through non-cooperation. Reluctant
learners seldom have learning disabilities.
No comments:
Post a Comment