Perjawatan
Guru Khas Pemulihan Di Sekolah Rendah
1) Semua sekolah
rendah kecuali sekolah kecil (under enrolment) diperuntukkan satu (1) perjawatan
Guru Khas Pemulihan.
2) Peruntukan Guru
Khas Pemulihan tidak termasuk dalam perkiraan peruntukan guru asas (n x 1.5).
3) Guru Khas
Pemulihan tidak terlibat sebagai guru penganti kepada guru asas atau sebagai
guru kelas sesuatu darjah. (Realitinya tidak berlaku, berdasarkan pengalaman
saya, GKP adalah guru pertama yg dicari sebagai guru ganti)
4) Guru Khas
Pemulihan berkhidmat sepenuh masa melaksanakan program pendidikan pemulihan.
5) Penutupan Kelas
Khas Pemulihan atau pemberhentian program pendidikan pemulihan perlu mendapat
kelulusan bertulis daripada Pengarah Pendidikan Negeri.
Kelulusan
Ikhtisas Guru Pemulihan Khas
Guru
Opsyen Pemulihan
• Ijazah Sarjana
Muda Pendidikan Khas (Pemulihan )
• Ijazah Sarjana
Muda Pendidikan Pemulihan
• Kursus Perguruan
Lepasan Ijazah (KPLI ) Pendidikan Pemulihan
• Latihan Perguruan
Berasaskan Sekolah (LPBC/KDC) Pendidikan Pemulihan
Guru
bukan Opsyen Pemulihan
• Guru terlatih
tanpa opsyen (lantikan sekolah) – DG 32/29
• Diploma Khas
Pendidikan Pemulihan (KDP) – 1 Tahun
• Sijil Perguruan
Khas (KSPK) 1 Tahun
• Sijil Perguruan
Khas (KSPK) 6 bulan
• Sijil Kursus
Dalam Cuti (KDC ) Pendidikan
• Sijil Kursus KSPK
14 minggu.
No comments:
Post a Comment