Murid Pemulihan
Khas
Yang nyata, murid
pemulihan khas ialah murid normal yang menghadapi kesulitan pembelajaran dalam
menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M). Murid- murid ini
tercicir dalam penguasaan 3M berbanding rakan sebaya mereka. Murid pemulihan
khas akan datang ke kelas pemulihan khas ketika waktu mata pelajaran Bahasa
Melayu dan Matematik sahaja dan akan kembali ke kelas mereka semula untuk
mempelajari mata pelajaran lain.
Murid Pendidikan Khas
Murid pendidikan
khas pula ialah murid OKU yang telah mendapat pengesahan daripada doktor dan
diberikan elaun. Murid- murid ini belajar sepenuh masa di kelas pendidikan
khas.
Program Pemulihan Khas
Program Pemulihan Khas secara definisinya adalah satu jenis pendidikan yang cuba memenuhi kehendak murid yang menghadapi masalah pembelajaran iaitu kegagalan belajar yang tidak dapat ditentukan, di antara faktornya termasuklah persekitaran dan pengalaman hidup masing-masing. Program Pemulihan Khas mengutamakan prinsip "menyelesaikan masalah seawal mungkin" supaya masalah tidak menjadi kronik dan berterusan sehingga ke tahap 2 sekolah rendah dan ke peringkat sekolah menengah.
Perbezaan minat, bakat, pengalaman dan gaya belajar individu murid mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat atau ‘terkebelakang’ menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya. Sekiranya mereka tidak diberikan pemulihan, mereka mungkin gagal memperoleh pendidikan yang perlu dan potensi mereka akan terbenam. Justeru, melalui Program Pemulihan Khas keperluan-keperluan murid berpencapaian rendah dapat dikenal pasti dan dipenuhi.
Objektif Program
Pemulihan Khas
Setelah mengikuti
program ini dalam masa yang ditentukan murid boleh :
Menguasai kemahiran asas
3 MMeneruskan pembelajaran dikelas biasa
Menambah sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran
Memberi peluang mereka berinteraksi dengan masyarakat untuk meluahkan perasaan mereka.
Pendidikan Khas
"Pengajaran yang bercorak individu yang direka untuk memenuhi keperluan-keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan Khas menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak dapat disediakan dalam kurikulum yang baku atau biasa." (Culcutta,R.A., Tompkins J.R.Fundamentals of Speacial Education, 1999)
Pendidikan khas ialah satu bidang profesion yang berkaitan dengan kaedah, teknik dan penyelidikan yang tersendiri.
Pendidikan Khas bererti program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid-murid khas. Ini termasuk penggunaan bahan-bahan khas, peralatan khas, teknik pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap kebolehan dan keupayaan murid.
Kanak-kanak yang menyimpang dari kanak-kanak biasa dari segi mentalnya, kebolehan deria, fizikal dan urat saraf, tingkahlaku sosial dan emosi, keupayaan berkomunikasi, kecacatan pelbagai yang menyebabkan ia memerlukan modifikasi dalam amalan-amalan sekolah atau memerlukan perkhidmatan khas bagi membolehkan ia berkembang ke peringkat kemampuan maksimanya.
Sekolah Khas
"Special School’ means a school providing special education treatment for pupils under a disability" (Bahagian 1, Akta Pelajaran 1961)
No comments:
Post a Comment